Investment Networking Session 2019 & Launching Of Invest Johor

Huraian Logo:

1.Perkataan Invest Johor

Penggunaan nama dan tulisan rumi dalam perkataan Bahasa Inggeris melambangkan keteguhan dan keutuhan organisasi Invest Johor sebagai   agensi Kerajaan Negeri yang berperanan mempromosi, menyelaras, memudahcara dan membantu kemasukan pelabur-pelabur asing dan tempatan untuk melabur di Negeri Johor dan simbol imej korporat organisasi di peringkat antarabangsa.

2.Warna Merah & Biru

Kombinasi warna-warna merah (Lava Red) dan biru (Navy Blue)   melambangkan warna-warna bendera dan identiti Negeri Johor.

Warna merah juga melambangkan iltizam dan keupayaan agensi Invest Johor bersama-sama agensi dan badan kerajaan yang lain dalam mempromosikan dan menyelaraskan peluang-peluang pelaburan yang membawa kemajuan dan kemakmuran Negeri Johor. Warna biru juga melambangkan perpaduan hidup rakyat Negeri Johor yang sentiasa bersedia mempertahankan Negeri Johor.

3.Gabungan huruf Rumi perkataan Invest Johor dan elemen Huruf jawi ج

 Susunan penggunaan huruf rumi perkataan Invest dengan diikuti di bawahnya perkataan  JOHOR dan seterusnya huruf jawi ج melambangkan Negeri Johor melaksanakan dasar keterbukaan dan mesra pelabur dalam menerima dan menggalakkan pelaburan domestic dan kemasukan pelaburan asing yang membawa  kemakmuran dan kemajuan Negeri Johor.  Huruf jawi ج juga merujuk kata awalan perkataan Johor  dalam tulisan jawi.

Kombinasi ini juga melambangkan keharmonian, kesejahteraan dan perpaduan  hidup bangsa Johor yang pelbagai kaum, agama dan budaya sentiasa saling berkerjasama dan berusaha meningkatkan kemajuan dan kemakmuran Negeri Johor.

4.Tagline: ADVANCED ECONOMY STATE

Penggunaan tagline ini melambangkan matlamat Negeri Johor sedang bergerak ke arah sebagai Negeri Berekonomi Maju (Advanced Economy State)

5.Anak Panah

Simbol anak panah menjurus ke atas melambangkan prestasi dan potensi pelaburan dan pertumbuhan ekonomi, kekuatan dan kemakmuran ekonomi Negeri Johor yang terus meningkat dan berkembang maju.


Logo Description:

1.The word Invest Johor

The use of names and wordings in the English language symbolizes the strength and integrity of the Invest Johor organization as a State Government agency with the role of promoting, coordinating, facilitating and facilitating the influx of foreign and local investors to invest in the State of Johor with the corporate image of the organization internationally.

2.Red & Blue

The combination of red (Lava Red) and blue (Navy Blue) represents the colors of the state of Johor.

The red color also symbolizes the commitment and ability of Invest Johor agencies along with other government agencies and bodies in promoting and coordinating investment opportunities that bring progress and prosperity to the State of Johor. The blue color also symbolizes the unity of the people of Johor who are always ready to defend Johor.

3.The combination of the Rumi words Invest Johor words and the Jawi alphabet ج elements

The use of capital word Invest followed by the word JOHOR subsequently the Jawi letter ج symbolizes the State of Johor implementing a policy of openness and investor-friendliness in accepting and encouraging domestic investment and the influx of foreign investment that brings prosperity to the State of Johor. The Jawi alphabet ج also refers to the prefix Johor word in jawi.

The combination symbolizes the harmony, prosperity and unity of the people of Johor of various races, religions and cultures who are always working together and striving to improve the progress and prosperity of the State of Johor.

4.Tagline: ADVANCED ECONOMY STATE

The use of this tagline symbolizes the goal of the State of Johor moving forward as an Advanced Economy State

5.Arrow

The arrowheads symbolize the performance and potential of investment and economic growth, the strength and prosperity of Johor’s ever-expanding economy.

click image to enlarge